Catatan

Nama lengkap beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam lahir tahun 1882 M di Jibillah, sebuah tempat di Suria. Pernah belajar di Al-Azhar untuk beberapa tahun mulai tahun 1906, di Mesir ia banyak belajar kepada Shaikh Muhammad Abduh. Setelah kembali ke Suria beliau menjadi seorang imam, guru sekaligus shaikh di daerah Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah di bahagian utara Syria. Ketika terjadi revolusi terhadap Penjajah Perancis di sana belaiu menjadi orang yang terdepan untuk membela tanah airnya dari penjajah Prancis, sampai terjadi peristiwa Perang Melson di tahun 1920. Perlawanan kepada Penjajah Prancis menjadi semakin rumit sehingga beliau di jatuhi hukuman mati oleh penjajah Prancis, sehingga beliau memutuskan untuk pindah ke Haifa, Palestina. Disamping untuk menghindari hukuman mati oleh penjajah Prancis, kepindahan beliau ke Haifa juga karena semakin banyaknya pendatang haram yahudi di tanah Palestina. Izzudin Al-Qassam datang ke Palestina sebagai seorang Mujahid
Imej
Tokoh Islam : Jamaluddin Al-Afghani Perintis Gerakan Islam Tidak hairan bagi pengkaji sejarah ‘dunia Islam’, apabila mendapati bahawa rakyat Afghanistan memiliki kekentalan pegangan akidah yang mampu menumbangkan sebuah kerajaan yang dianggap satu ketika dahulu sebagai salah satu kuasa besar dunia iaitu ‘Soviet Union’. Soviet akhirnya bertukar menjadi Negara Russia yang disusuli permohonan keluar dari Negara-negara yang pernah di bawah kuasanya untuk berdikari. Dengan tertumbangnya Soviet Union di tangan para ‘Mujahidin’ lewat akhir 80-an, nama-nama seperti Burhanuddin Rabbani, Gulbuddin Hekmatiyar, Abdul Rabbir Rasul Sayyah, Mahmud Yunus dan Mohammad Shah Mas’ud sebenarnya mewarisi kejituan akidah dan kefahaman yang dimiliki oleh reformasi terdahulu yang berasal dari bumi yang sama iaitu Saiyid Jamaluddin al-Afghani. Beliau seolah-oleh bertanggungjawab melahirkan individu-individu di kalangan para Mujahidin yang mengegarkan dunia dengan kejatuhan Sov
Imej
Mampukah kami menjadi seperti dirimu? Kesyahidan Asy-Syahid Syed Qutb adalah di tali gantung semasa Regim Jamal Abdul Nasir. Syed Qutb digantung bersama 2 orang lagi rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimun pada pagi Isnin 29 Ogos 1966. Kebimbangan dan ketakutan yang melanda bukan sahaja buat Regim Jamal Abdul Nasir tetapi juga buat Imperialis Barat ketika itu. Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, serta kemampuan beliau mengemukakan 'gagasan Islam' dengan jelas dan mantap ke dalam ummah. Kemampuan beliau telah menyeret Regim Mesir dengan desakan Imperialis mengambil tindakan 'kejam' menggantung Mujahid Agung Islam abad ini. Sejarah Hidup Syed Qutb:- (1)Tahun 1906:- Syed Qutb dilahirkan di Daerah Assyut, Mesir. Berkat didikan ibubapa, beliau telah menghafaz seluruh AlQuran sejak kecil lagi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum (sekarang
Imej
10 WASIAT HASSAN AL-BANNA Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas. 2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadil

nasihat Imam Al-Ghazali

Nasihat Imam Ghazali Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, Soalan pertama; "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185) Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datan

Jaga 7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Jaga 7 Sunnah Rasulullah S.A.W "Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke m

kelebihan solat berjemaah

Kelebihan solat berjemaah Pengertian solat jemaah Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang. Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya. Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu: 1. Fardhu ain pada solat Jumaat; 2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan 3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan. Tuntutan berjemaah pada solat fardhu Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat